Laporan Ketua Audit Negeri Perak 2004 : Kelemahan Mengurus Kira-kira

Laporan Ketua Audit Negeri Perak telah menyenaraikan kedudukan kewangan bagi 15 buah pihak berkuasa tempatan di Negeri Perak. Saya tidak tahu samada ia mengejutkan sdr/sdri, tetapi, bagi saya, ia mungkin bukan satu news.

Hasil daripada pengauditan akaun 15 buah pihak berkuasa tempatan di Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mendapat tempat PERTAMA - bagi anugerah “Defisit Akaun tertinggi bagi tahun 2003″. Menurut laporan ini, MBI yang memperolehi pendapatan berjumlah RM 90.55 juta tetapi perbelanjaannya mencapai RM 107.11 juta. Defisit Akaun berjumlah RM 16.56 juta, bagi penyata pendapatan berakhir 31.12.2003.

Tempat kedua diikuti oleh Majlis Perbandaran Taiping, pendapatannya RM 32.16 juta tetapi perbelanjaannya berjumlah RM 36.83 juta, menjadikan akaun defisitnya berjumlah RM 4.67 juta.

Majlis Daerah Hilir Perak dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu, kedua-duanya mempunyai akaun defisit sebanyak RM 0.21 juta.

Walaupun MBI mempunyai akaun defisit, ia turut mempunyai tunggakan cukai taksiran yang tertinggi, iaitu sebanyak RM 21.89 juta peningkatan sebanyak RM 1.29 juta berbanding dengan tunggakan bagi tahun 2002.

Apa sebenarnya masalah yang telah timbul di dalam pengurusan kewangan MBI ini? Apakah kerana orangramai enggan membayar atau menjelaskan cukai taksiran kepada hartanahnya dan menyebabkan akaunnya defisit? Atau, perbelanjaan tanpa perancangan cermat yang merupakan puncanya?

(more…)



Image Hosted by ImageShack.us

Fong Po Kuan (冯宝君)
MP for Batu Gajah