The Failed Delivery System

Pada hari Khamis yang lalu (13.10.2005), saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang peniaga di Ipoh yang meluahkan perasaan risau dan keliru. Saya akan namakannya Cik Sin.( bukan nama sebenarnya)

Cik Sin memberitahu saya bahawa seorang bernama MK dari SUK Negeri Perak telah memintanya memberi sumbangan (commit/pledge) RM 1,000. Kononnya, beliau adalah mewakili Duli Yang Amat Mulia, seorang Raja Negeri Perak. Cik Sin memberitahu bahawa MK mendakwa tujuan RM 1,000 adalah untuk Raja mengadakan satu jamuan makan bagi peniaga-peniaga bagi membincangkan hal ekonomi. MK turut mengugut bahawa jika sumbangan enggan di beri, jika perniagaan turun, ia tidak akan bertanggungjawab. Cik Sin meminta bantuan saya kerana beliau takut. Cik Sin enggan memberi sumbangan kerana MK tidak memberi sebarang bukti walaupun diminta, bahawa beliau mewakili Duli Yang Amat Mulia Raja dan juga satu jamuan sedemikian akan diadakan.

Sebaik saya mendengar aduannya, saya terus menghubungi Encik Roshidi, pegawai khas kepada YAB Menteri Besar Negeri Perak. Saya memberi nombor telefon Cik Sin kepadanya agar Encik Roshidi dapat mendengar aduannya dan mendapatkan maklumat yang tepat dan teliti.

(more…)



Image Hosted by ImageShack.us

Fong Po Kuan (冯宝君)
MP for Batu Gajah