Reply to Question No.7- Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
The reply regarding this question is short and simple. The conditions to be qualified for this programme are not too strict. What has prompted me to ask this question to the Education Ministry?
I have received a complaint from a temporary teacher, who is earning approximately RM 600 only. She is a graduate from Multimedia University with Bachelor of Information Technology (Honours)(Information Systems Engineering) - First Class Hounours. She was in the Dean’s List. She applied for this Programme, which allows undergraduates to be trained as teacher. She was called for the interview but failed. She obtained an A in the chinese subject . In fact, she was a top scorer during her school days.
Until today, she is still teaching in the school. I was told that the principal want her to stay in the school. She has the passion in this field. Please do not let her down. There is still shortage of teachers with higher qualification. What is wrong with the system in this country?
7. Fong Po Kuan meminta Menteri Pelajaran menyatakan apakah syarat-syarat kelayakan untuk diterima masuk di bawah Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah bagi graduan universiti tempatan dan setakat ini, apakah kedudukan kekosongan jawatan guru berijazah di sekolah.(Jawapan pada 29.3.2006)
Syarat-syarat kelayakan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari pada tahun kemasukan;
c) memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan;
d) memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat SPM dan lulus ujian lisan. Prinsipal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu pada SPM dengan syarat lulus ujian lisan atau lulus kertas khas Bahasa Melayu pada peringkat universiti tempatan yang diiktiraf;
e) memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya memiliki ijazah daripada institusi pengajian tinggi luar negara; dan
f) tidak pernah meletak jawatan tetap dalam mana-mana perkhidmatan kerajaan.
Sehingga 31 Januari 2006, jumlah guru berijazah di sekolah rendah adalah seramai 18,669 orang (9.95%). Daripada jumlah tersebut seramai 15,129 orang di Sekolah Kebangsaan 2,823 orang di SJKC dan 717 orang di SJKT. Jumlah guru berijazah di sekolah menengah pula adalah seramai 106,063 orang (85.88%). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kekosongan guru berijazah di sekolah menengah adalah seramai 1123 orang dan akan diisi dengan penempatan guru melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) pada bulan April 2006.

Adakah KPLI ini hanya untuk sekolah rendah sahaja.Untuk sekolah Menengah akan terbatal selama-lamanya atau untuk sementara sahaja….
Comment by zam — September 28, 2006 @ 7:48 pm
Berdasarkan komen-komen yang lepas,program KPLI akan kekal untuk Sekolah Rendah sahaja.Adakah kenyataan ini sah untuk tahun-tahun berikutnya.
Comment by tina — September 29, 2006 @ 10:03 pm