Parliament: Reply on Illegal Deposit Taking cases

Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah Jabatan Peguam Negara masih enggan memberi arahan pendakwaan terhadap syarikat yang terlibat di dalam perniagaan wang deposit (illegal deposit taking), melanggari BAFIA 1989 walaupun siasatan telah selesai dijalankan oleh Bank Negara.
Jawapan

Semua kes pengambilan deposit haram yang telah selesai disiasat oleh Bank Negara telah pun didakwa di mahkamah kecuali kes yang melibatkan syarikat G-Gold Galery Sdn Bhd. Ini adalah kerana bagi kes G-Gold Gallery Sdn Bhd proses untuk mendapatkan semula wang pendeposit yang terlibat sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, waran tangkap telah pun diperoleh dan kes ini sedang dalam proses pelaksanaan dan seterusnya pertuduhan di mahkamah.

Parliament: Reply by Health Ministry on “Unrecognised Doctors”

27 May, 2008 - Question No. 33 (Written Reply)

Fong Po Kuan minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah sebab-sebab Kementerian enggan mengakui dan menerima lebih kurang 200 orang pelajar lulusan kedoktoran dari universiti luar negara yang tidak diakui sijil kelulusan mereka. Mengapakah mereka tidak diterima untuk menangani kekurangan doktor di dalam negara.

Akta Perubatan 1971 telah menetapkan bahawa individu yang berhak mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia perlu mempunyai kelulusan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta tersebut yang merupakan senarai institusi pengajian perubatan yang diiktiraf. Majlis Perubatan Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan berkepentingan yang lain, telah mengolah satu bentuk piawaian bagi menilai sesebuah institusi pengajian perubatan berdasarkan keperluan dan kehendak negara. (more…)

Parliament: Reply by PM on Indelible Ink (12.5.2008)

During the reply by Dato Seri Nazri on indelible ink last Thursday, I did mention about this reply by the PM to a question raised by MP for Kuala Selangor. I have decided to post it so that we can try to understand and to make some senses of the reply of Nazri.

DR Parliament on 12.5.2008 (written reply)

Tuan Dr Zulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah penggunaan dakwat kekal ditarik balik penggunaannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewar-warkan akan menggunakannya sebelum itu.Jawapan

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan utama SPR hendak melaksanakan penggunaan dakwat kekal adalah untuk mempertingkatkan lagi ketelusan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Ini kerana terdapat dakwaan-dakwaan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa ada pengundi-pengundi yang akan cuba mengundi lebih dari sekali. Justeru itu, dengan penggunaan dakwat kekal ia dapat mengelakkan mana-mana pihak untuk mengundi lebih daripada sekali. Oleh yang demikian, persiapan awal yang sewajarnya untuk melaksanakan cadangan penggunaan dakwat kekal telah dibuat oleh SPR.

Namun begitu SPR telah menerima laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi gambaran bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memperolehi bekalan dakwat kekal daripada negara jiran. Mereka telah merancang mengekploitasikan penggunaan dakwat kekal dengan cara memujuk pemilih-pemilih terutamanya dari masyarakat luar bandar dan pedalaman supaya terlebih dahulu mencalit dakwat kekal di atas kuku masing-masing sebelum hari mengundi dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang sudah dicalit dengan dakwat kekal sahaja yang dibenarkan mengundi pada hari mengundi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan timbulnya ketegangan di saluran-saluran mengundi kerana petugas-petugas pilihanraya sudah tentu tidak akan mengeluarkan kertas undaikepada mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal di atas kuku masing-masing, sedangkan pada hakikatnya mereka belum lagi mengundi.

Selain daripada itu ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketentaraman awam serta huru-hara pada hari mengundi. Justeru itu, pihak polis telah menasihatkan SPR supaya menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal ini dan SPR akur dengan cadangan tersebut.

Di samping itu Ahli Yang Berhormat sekalian perlu maklum bahawa dari segi undang-undang, SPR perlu menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal ini disebabkan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi. Ini bermakna hak ini tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Hak ini merupakan hak asasi seseorang pemilih berdaftar. Undang-undang yang memperuntukkan selainnya adalah ultra vires Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa seseorang yang kukunya kelihatan telah dicalit dengan dakwat kekal atau seseorang yang enggan kukunya dicalit dengan dakwat kekal tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan kertas undi.

Perkara-perkara yang disebutkan tadi telah menjadi bahan perbincangan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 13 Februari 2008 (Hari Pembubaran). Jemaah Menteri telah menolak cadangan SPR untuk memperundangkan cadangan penggunaan dakwat kekal di atas jari kuku pengundi di dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Oleh itu amat sukar untuk SPR melaksanakan cadangannnya dan dengan itu SPR bersetuju menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR tidak pernah membatalkan cadangannya untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya . Jika ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang boleh memberi pandangan dan buah fikiran yang menjurus kepada kemudahan bagi SPR melaksanakan kaedah ini, hendaklah Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan cadangan dan seterusnya berbincang dengan SPR . Kerjasama Ahli-ahli Yang berhormat dalam hal ini sangat-sangat dialukan oleh SPR.

Parliament: Nazri on Indelible Ink

I tried but failed. None wants to take responsibility for cancelling the decision to use the indelible ink, four days before the recent general election.

This evening, a few opposition MPs tried hard to find out more about this issue when Datuk Seri Nazri was replying on behalf of the Prime Minister’s Department but we were more confused after hearing Datuk Seri Nazri replies. In fact, I found more inconsistencies.

Nazri blamed it on Election Commission (EC). Also, Nazri kept repeating the “concern” of the Cabinet and stressed that the Cabinet wanted to ensure that none would be denied the right to vote under Art. 119 of the Federal Constitution. He did not deliberate much on the police reports lodged related to “smuggling of ink.” (I will put up the complete details when the Hansard is ready.)

Something is fishy. I felt Nazri was like ” go find out from EC la!” . Isn’t this EC under the PM’s Department and all this while Nazri has no problem in answering question raised related to EC?

I did try to find out the whereabout of the indelible ink which cost our money RM 2.4 million. Although I did raise it during my debate, he did not reply and insisted that I ask next time. He did not finish replying , perhaps because of time factor and requested that the remaining reply be forwarded to the respective MPs in writing.

This is just not right!. The Parliament sat till midnight yesterday. I was there to “guard” this Department. Further this is the most important Department and most of us expected interesting questioning and answering on important issues ie corruption, Election Commission, Lingam Tape and etc.

We should not let this issue just die off here. We need to pursue this matter.

Pak Lah, be accountable and transparent. Pak Lah, you need to come to Parliament and tell us the truth about this matter.

Parliament: Amendment to NS Act- Community Service Not Fine and Imprisonment

The government has tabled a bill for amendment to National Service Training Act. It is only to amend one section of the Act, S.18(1) , to replace the punishment of fine and imprisonment with community service for trainees who failed to attend NS.

This is the proposed amendment:-

Pindaan seksyen 18

2. Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) di pinda dalam subseksyen 18(1), dengan menggantikan perkataan “boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya” dengan perkataan “hendaklah diperintahkan melaksanakan khidmat masyarakat di bawah perenggan 293(1)(e) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593)”

I believe we still remember the trainee, Ahmad Hafizal who was found guilty for not attending the National Service. He could not pay the fine of RM 600 and was sent to jail. A day later, the special assistant to the MB paid the fine and the boy was released.

It created a public outcry.

I believe there were many chosen 18 years old who have failed to respond to the “call” of this NS. The government now think that the better way of getting to them is to place them under community service.

However, I believe that the better way is to leave the teenages alone and abolish the Act. The government should spend more time in reviewing existing policies which are obtacles to unity, patroism and character building of our children.



Image Hosted by ImageShack.us

Fong Po Kuan (冯宝君)
MP for Batu Gajah