Parliament: Reply by PM on Indelible Ink (12.5.2008)
During the reply by Dato Seri Nazri on indelible ink last Thursday, I did mention about this reply by the PM to a question raised by MP for Kuala Selangor. I have decided to post it so that we can try to understand and to make some senses of the reply of Nazri.
DR Parliament on 12.5.2008 (written reply)
Tuan Dr Zulkefly Bin Ahmad (Kuala Selangor) minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah penggunaan dakwat kekal ditarik balik penggunaannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewar-warkan akan menggunakannya sebelum itu.Jawapan
Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan utama SPR hendak melaksanakan penggunaan dakwat kekal adalah untuk mempertingkatkan lagi ketelusan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Ini kerana terdapat dakwaan-dakwaan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa ada pengundi-pengundi yang akan cuba mengundi lebih dari sekali. Justeru itu, dengan penggunaan dakwat kekal ia dapat mengelakkan mana-mana pihak untuk mengundi lebih daripada sekali. Oleh yang demikian, persiapan awal yang sewajarnya untuk melaksanakan cadangan penggunaan dakwat kekal telah dibuat oleh SPR.
Namun begitu SPR telah menerima laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi gambaran bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memperolehi bekalan dakwat kekal daripada negara jiran. Mereka telah merancang mengekploitasikan penggunaan dakwat kekal dengan cara memujuk pemilih-pemilih terutamanya dari masyarakat luar bandar dan pedalaman supaya terlebih dahulu mencalit dakwat kekal di atas kuku masing-masing sebelum hari mengundi dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang sudah dicalit dengan dakwat kekal sahaja yang dibenarkan mengundi pada hari mengundi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan timbulnya ketegangan di saluran-saluran mengundi kerana petugas-petugas pilihanraya sudah tentu tidak akan mengeluarkan kertas undaikepada mereka yang telah dicalitkan dakwat kekal di atas kuku masing-masing, sedangkan pada hakikatnya mereka belum lagi mengundi.
Selain daripada itu ejen-ejen mengundi juga sudah tentu akan membantah mereka yang sudah dicalit dakwat kekal di atas jari kuku masing-masing daripada cubaan mengundi kali kedua. Apa yang berlaku ialah mereka telah diperdayakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika ketegangan di antara pengundi dan ejen-ejen mengundi berlaku di saluran mengundi di seluruh negara, pihak polis sudah memaklumkan kepada SPR bahawa mereka tidak mampu untuk mengawal ketegangan yang mungkin berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan ketentaraman awam serta huru-hara pada hari mengundi. Justeru itu, pihak polis telah menasihatkan SPR supaya menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal ini dan SPR akur dengan cadangan tersebut.
Di samping itu Ahli Yang Berhormat sekalian perlu maklum bahawa dari segi undang-undang, SPR perlu menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal ini disebabkan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi. Ini bermakna hak ini tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Hak ini merupakan hak asasi seseorang pemilih berdaftar. Undang-undang yang memperuntukkan selainnya adalah ultra vires Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa seseorang yang kukunya kelihatan telah dicalit dengan dakwat kekal atau seseorang yang enggan kukunya dicalit dengan dakwat kekal tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan kertas undi.
Perkara-perkara yang disebutkan tadi telah menjadi bahan perbincangan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 13 Februari 2008 (Hari Pembubaran). Jemaah Menteri telah menolak cadangan SPR untuk memperundangkan cadangan penggunaan dakwat kekal di atas jari kuku pengundi di dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Oleh itu amat sukar untuk SPR melaksanakan cadangannnya dan dengan itu SPR bersetuju menarik balik cadangan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR tidak pernah membatalkan cadangannya untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya . Jika ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang boleh memberi pandangan dan buah fikiran yang menjurus kepada kemudahan bagi SPR melaksanakan kaedah ini, hendaklah Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan cadangan dan seterusnya berbincang dengan SPR . Kerjasama Ahli-ahli Yang berhormat dalam hal ini sangat-sangat dialukan oleh SPR.

The obvious follow-on questions
1. where are the “pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memperolehi bekalan dakwat kekal daripada negara jiran” or the people who made these police reports.
Either someone is charged for conspiracy to fraud or making spurious police report.
2. Which minister must be held responsible for “menolak cadangan SPR untuk memperundangkan cadangan penggunaan dakwat kekal”
3. What is the Govt’s legislative time frame to bring relevant amendments to Article 119 to Parliament?
Comment by shag — May 26, 2008 @ 3:25 pm
Namun begitu SPR telah menerima laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberi gambaran bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memperolehi bekalan dakwat kekal daripada negara jiran.
Can the Indelible Ink be bought SO EASILY? Can it be bought in Thailand? Indonesia? Singapore? Vietnam? I dont think so.
Mereka telah merancang mengekploitasikan penggunaan dakwat kekal dengan cara memujuk pemilih-pemilih terutamanya dari masyarakat luar bandar dan pedalaman supaya terlebih dahulu mencalit dakwat kekal di atas kuku masing-masing sebelum hari mengundi dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang sudah dicalit dengan dakwat kekal sahaja yang dibenarkan mengundi pada hari mengundi
Are Malaysians SO DUMB that they will actually paint their nails before voting when it was announced that it will be done after a person votes. Malaysians are SMART! Maybe only BN members will paint their nails before voting.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPR TIDAK PERNAH membatalkan cadangannya untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya
HUH!!! What the crap!!! Then why wasn’t the Indelible Ink being used during the 12th General Election. Maybe BN members and votes will buy this excuse but not Malaysian.
Comment by Vincent Lee — May 26, 2008 @ 9:02 pm
What a joke! Did SPR so stupid to just use the ink as it is? Don’t tell me that they don’t know how such indeleable ink was being used at some leisure park ask marked of entrance? Can’t they make some special seal with wording or picture and used it to paint on the fingernail with the indeleable ink?
Don’t tell me that those non-exist parties as per claim will be able to know what is the wording and/or picture being used?
Comment by pohsoon — May 27, 2008 @ 1:49 am
For the first, who/ which parties had lodged the report at police station which able to affect to the judge of use for the indeleable ink? There must be s strong power behind which hold the situation. Why those stupid idiot have no sense to announce or alert citizen at countryside thru media? Nazri (xxxxx) and rubbish who only know to wasting people money!
Comment by dap admire — May 27, 2008 @ 8:48 pm
ASK the SPR, If their intention was Genuine….Show the rakyat the stockpile of ink. Otherwise they ACTUALLY spent spent $2 million ringgit to buy 10 bottles to make Malaysian belief EC is Neutral. DEMAND to see the stockpile NOW…TODAY…..in 20 minutes…where is it kept….ask RASHID SWEAR UNDER the QURAN the indelible ink actually exist.
Organise a People’s Rally to the EC HQ to demand the viewing of the stockpile of indelible ink. Otherwise ANOTHER Royal Commission into the Indelible ink CORRUPTION…….WHERE IS IT!!
Comment by bumi non malay — May 28, 2008 @ 5:22 am