Parliament Reply on Art 153 of Federal Constitution

Below is the reply to the question I submitted in Parliament.

Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta Perdana Menteri, menyatakan maksud ” kedudukan istimewa orang Melayu” di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan nyatakan perkara-perkara yang dirangkumi di bawahnya. Nyatakan polisi-polisi, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan Perkara 153 yang diguna pakai di dalam sistem pentadbiran.

Jawapan : YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang Di Pertua,

Perpaduan negara dan integrasi nasional merupakan hasrat dan aspirasi utama Kerajaan sejak kemerdekaan tanahair lagi. Hasrat dan aspirasi ini ditunjangi kontrak sosial yang turut terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan diterjemahkan dalam dasar dan pelaksanaan Kerajaan.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, hak dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera menjadi salah satu tonggak kepada kontrak sosial tersebut, disamping perkara-perkara lain yang dipersetujui selama ini sepertimana hak dan kepentingan kaum-kaum lain. Kontrak sosial ini telah membawa kepada kemerdekaan negeara kita, dan seterusnya mendasari keamanan dan kestabilan yang telah dinikmati negara sejak sekian lama.

Perkara-perkara yang dirangkumi di bawah Perkara 153 termasuklah kedudukan dalam perkhidmatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan termasuk biasiswa, serta permit dan lesen bagi perniagaan. Perkara-perkara tersebut telah termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, dan akan terus dipertahankan oleh Kerajaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat , Perkara 153 ini mendasari pelaksanaan pentadbiran Kerajaan secara menyeluruh. Oleh itu, adalah tidak pratikal bagi saya untuk menyenaraikan satu-persatu setiap dasar, undang-undang, dan peraturan yang telah digubal dan dilaksanakan bagi tujuan menjelmakan aspirasi Perkara 153 dalam pentadbiran Kerajaan. Memadailah sekiranya beberapa contoh diberi bagi memberikan gambaran bagi pelaksanaan Perkara 153.

Misalnya, antara dasar Kerajaan yang lahir hasil daripada usaha Kerajaan untuk melaksanakan peruntukan dalam Perkara 153 adalah Dasar Ekonomi Baru, yang telah diumumkan pada tahun 1971. Malah setiap Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Kedua sehinggalah kepada Rancangan Malaysia Kesembilan turut merangkumi aspek membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta usaha menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Pelaksananan aspek menyusun semula masyarakat tersebut adalah bersandarkan kepada keperluan menjamin kesamarataan sosio-ekonomi antara kaum bagi menjaga kestabilan dan kemakmuran negara, disamping memelihara hak dan kedudukan golongan Melayu dan Bumiputera yang termaktub di dalam Perkara 153.

Dari aspek undang-undang pula, antara akta yang telah digubal bagi tujuan mencapai aspirasi Perkara 153 termasuklah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, yang antara lainnya memperuntukkan perizaban lesen-lesen kenderaan perdagangan untuk orang Melayu dan Bumiputera.

Akhir sekali, antara peraturan yang telah dirangka bagi tujuan pelaksanaan Perkara 153 termasuklah Garis Panduan Permohonan Lesen PDA yang telah rangka oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, yang antara lainnya memperincikan keperluan penglibatan golongan Melayu dan Bumiputera dalam pemilikan syarikat yang ingin menjalankan aktiviti pemasaran dan pengedaran produk petroleum. Sekian, terima-kasih.

4 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://pokuan.blogsome.com/2008/08/26/234/trackback/

  1. Can YB post an english version ?

    Comment by Why Cares — August 26, 2008 @ 9:38 pm

  2. Need the support of all Barisan Rakyat supporters!

    (TM Nut - Blocked MT, Invasion of Privacy, Censorship, Throttling P2P & Torrent Bandwidth, NST Printing Garbage!)

    http://surind.blogspot.com/2008/08/if-streamyx-endorses-censorship-piracy.html

    Comment by Surind — August 27, 2008 @ 2:25 pm

  3. Kesimpulan

    Orang Asli adalah Bumiputera Asli Malaysia…… hak Orang Asli dicuri oleh Melayu UMNO-PAS yang tak malu lagi tak bermaruah.

    Hasrat dan Asipasi Kepala otak awak Nazri….

    Comment by bumi non malay — August 30, 2008 @ 5:37 am

  4. Means one thing, some of us are just unlucky being born in the country with the wrong bloodline and skintones; making us second-class citizens! Right, if I was raised in the 70s and 80s, what makes my Malays brethren any more of a citizen than me? What makes him more patriotic than me? Can you prove that he loves Malaysia more than me? Enough said, all and done, I am glad I don’t have to pay taxes to this government! As people gets more educated, these sensitive racial issues and racially polarized policies of the government will be questioned…

    Comment by K.S. Lee — August 30, 2008 @ 10:16 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.



Image Hosted by ImageShack.us

Fong Po Kuan (冯宝君)
MP for Batu Gajah